Posts

Showing posts from November 23, 2017

5315. KISAH DAN SEKILAS BIOGRAFI SAHABAT JULAIBIB R.A.

PERTANYAAN : Assalamu'alaikum, mau tanya lagi, siapakah Julaibib itu ? Terimakasih. Wassalamu'alaikum. [Elvi Dafitri Rahayu ] JAWABAN : Wa’alaikum salam. Julaibib merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota Madinah.  Sifat fisikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau  kurang dikenali di Madinah. Namun, Julaibib r.a. adalah salah seorang  sahabat Rasulullah SAW yang amat disayangi oleh baginda. Disebabkan keadaan fisikalnya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan keberadaan beliau di kota tersebut. Anas bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang  yang tidak laku?” Rasulullah SAW menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR Ya’la). Selepas peristiwa Hijrah, baginda Rasulullah SAW mengangkat martabat beliau dalam hadithnya yang bermaksud :"Sesungguhnya Julaibib i